Johor tampung keperluan bekalan air mentah Melaka - Utusan Malaysia

Johor tampung keperluan bekalan air mentah Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR GUDANG – Kerajaan Johor menyalurkan bantuan bekalan air mentah ke Melaka sejak bulan lalu bagi menampung keperluan di negeri tersebut.

Menteri Besar, Datuk Dr. Sahruddin Jamal berkata, kerajaan negeri membantu negeri tersebut selepas mendapat permintaan kerajaan Melaka.

“Setakat ini memang kita (Johor) ada beri dan tambah (bekalan) air ke Melaka tetapi saya kena semak balik (berapa jumlah bekalan air diberikan).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebab bulan lepas kita sudah mula beri kepada Melaka, mereka minta dan kita beri,” katanya ketika ditemui pemberita dalam majlis Rumah Terbuka ADUN Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh di Taman Bukit Dahlia di sini malam tadi.

Antara yang turut hadir Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim, ADUN Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga bekas Menteri Besar; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Liow Cai Tung, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat dan ADUN Larkin, Ir. Mohd. Izhar Ahmad.

Pada Julai lalu, kerajaan negeri menyatakan kesediaan dan tiada masalah untuk meningkatkan bekalan air mentah kepada Melaka berbanding 35 juta gelen sehari yang disalurkan ketika ini.

Namun kerajaan negeri perlu meneliti semula perkara tersebut kerana Johor juga perlu bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan termasuk musim kemarau di negeri ini.

Sebelum itu, Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari meminta Johor mempertimbang agar meningkatkan bekalan air mentah kepada 55 juta gelen sehari bagi menampung keperluan semasa di Melaka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini