[VIDEO] Dua ditahan kantoi cuba eksport dadah ke Taiwan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua ditahan kantoi cuba eksport dadah ke Taiwan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Cubaan dua ahli sindiket yang ingin mengeksport dadah menggunakan perkhidmatan syarikat kurier ke Taiwan gagal apabila ditahan polis di Ampang dekat sini semalam.

Taktik kedua-dua suspek terbongkar selepas syarikat perkhidmatan kurier tersebut berjaya mengesan bungkusan yang mencurigakan sebelum melaporkan kepada pihak polis pada Isnin lalu.

Pemeriksaan yang dilakukan pihak polis menemukan sebanyak 154 paket seberat 6.2 kilogram dadah jenis ketamin yang disorokkan dalam 154 mangkuk besi dianggarkan bernilai RM900,000 mengikut pasaran Taiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, sindiket itu licik menyembunyikan dadah dengan mencantumkan dua mangkuk sebelum dipateri.

“Kedua-dua individu berusia 22 dan 23 tahun itu ditahan di Ampang, semalam dan pemeriksaan lanjut mendapati seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Sindiket ini memang dalam siasatan kita kerana sebelum ini pernah menyeludup keluar dadah ke negara sama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Cheras di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurut Zulkifli, jumlah keseluruhan rampasan dadah bernilai RM372,000 dan menyita sebuah Perodua Myvi.

Tambahnya, kedua-dua suspek kini direman tujuh hari dan siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini