Itali semakin hampir ke Euro 2020 - Utusan Malaysia

Itali semakin hampir ke Euro 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN, Itali- Rekod sempurna Itali dalam kempen kelayakan Euro 2020 berterusan apabila mencatat kemenangan buat kali keempat berturut-turut ketika menewaskan Bosnia-Herzegovina 2-1 dalam aksi Kumpulan J di laman sendiri awal hari ini.

Lorenzo Insigne (m-49) dan Marco Verratti (m-86) menafikan gol pendahuluan Bosnia jaringan Edin Dzeko (m-32) untuk bangkit daripada ketinggalan di penghujung permainan sekaligus meletakkan Itali semakin hampir untuk layak ke pusingan akhir tahun depan.

Ini merupakan pencapaian terbaik Itali di peringkat antarabangsa sejak gagal layak ke Piala Dunia 2018 di Rusia terutama selepas mendapat sentuhan bekas pengendali Manchester City, Roberto Mancini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya menjangkakan perlawanan sukar tetapi pemain kami mempamerkan kekuatan karakter dalam padang untuk menukar keputusan perlawanan. Kini apa yang penting, kami paling atas dalam kumpulan.

“Saya tidak mahu bercakap tentang pasukan lain. Kami kena tumpu pada diri sendiri untuk memberikan yang terbaik di Euro 2020 nanti,” kata Mancini merujuk pusingan akhir yang akan berlangsung di negara sendiri Jun tahun depan.

Itali kini tiga mata di depan pasukan di tangga kedua, Finland diikuti Armenia. Mereka mengumpul 12 mata sempurna daripada empat perlawanan peringkat kumpulan setakat ini di samping menyumbat 13 gol dan satu bolos. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini