Orang Asli Kuala Koh: Mustahil kerajaan Kelantan tak tahu - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Mustahil kerajaan Kelantan tak tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, mustahil kerajaan negeri Kelantan tidak mengetahui terdapat kawasan perlombongan bijih besi berhampiran penempatan penduduk Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.

Beliau menyifatkan kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menafikan perkara itu sebagai tidak masuk akal.

Beliau berkata, semakan yang dibuat pihaknya menunjukkan pelombong berkenaan memperoleh lesen untuk melombong sehingga tahun 2023.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum sesebuah syarikat itu dibenarkan melombong di sesuatu kawasan, mereka perlu mendapatkan lesen melombong daripada kerajaan negeri dan lesen pengoperasian daripada kerajaan pusat, jika tidak mereka dikategorikan sebagai pelombong haram.

“Hasil semakan, kita mendapati syarikat berkenaan memperoleh lesen perlombongan sehingga 2023 tetapi lesen pengoperasian yang dikeluarkan oleh kerajaan pusat telah tamat pada 2017 disebabkan syarikat itu tidak mematuhi Laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

“Jadi kenyataan itu (tiada kawasan perlombongan bijih besi) memang tidak masuk akal kerana saya sendiri telah turun padang dan mesin untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan masih ada di kawasan itu,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini