KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia digesa mengalihkan pandangan daripada sebarang berita buruk berkaitan politik negara yang kini sedang hangat di perkatakan.
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut menyifatkan kerjaya politik sebagai satu bidang yang sukar dan ‘busuk’ susulan penyebaran video seks yang dikatakan mirip seorang menteri kanan.
“Politik ialah profesion yang sukar. Ada kala ia kotor. Ada kala ia sangat kotor. Hari ini ia busuk sebusuknya (Today it stinks to the high heaven).
Memuatkan artikel berkaitan…
“Jika anda terlihat berita buruk berkenaan politik kita hari ini, alihkan pandangan. Hal seperti ini semakin marak apabila diberi perhatian,” katanya menerusi laman Instagram miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











