Hentikan penularan video - PKR - Utusan Malaysia

Hentikan penularan video – PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – PKR menggesa penyebaran video yang sedang ditularkan dan diperkatakan oleh umum ketika ini dihentikan serta-merta.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, gaya dan cara berpolitik seumpama ini tidak membawa sebarang keuntungan kepada masyarakat dan negara.

“PKR tegas dan konsisten menolak sebarang bentuk permainan politik kotor terutamanya apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan telah dipilih oleh rakyat atas semangat agenda reformasi untuk membantu rakyat dan membangunkan negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau dipercayai merujuk kepada penularan sebuah video intim yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan parti sejak kelmarin.

Pada awal pagi ini, individu mendakwa terlibat sama dalam video terbabit dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video tersebut dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan. – UTUSAN ONLINE

Kenyataan
 
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini