Indeks pengeluaran perindustrian meningkat - Utusan Malaysia

Indeks pengeluaran perindustrian meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Indeks pengeluaran perindustrian Malaysia bagi bulan April berkembang empat peratus berbanding tahun lalu, sekali gus melepasi unjuran 2.5 peratus yang dibuat Bloomberg.

Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir berkata, pertumbuhan yang direkodkan pada April dipacu oleh peningkatan dalam segmen elektrik yang berkembang 5.8 peratus, pembuatan (4.3 peratus) dan perlombongan (2.3 peratus).

Katanya, pengeluaran sektor pembuatan juga meningkat 4.3 peratus selepas merekodkan pertumbuhan 4.1 peratus pada Mac 2019.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan adalah peralatan pengangkutan dan barangan perkilangan lain (7.2 peratus), produk elek­trik dan elektronik (4.1 peratus) dan petroleum, kimia, getah dan produk plastik (3.6 peratus),” katanya dalam ke­nyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pengelua­ran sektor elektrik juga me­ningkat 5.8 peratus tahun ke tahun dan sektor perlombo­ngan meningkat 2.3 peratus, pertumbuhan tertinggi sejak September 2017.

Sementara itu Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan menurun 1.4 peratus pada bulan April 2019 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Mohd. Uzir berkata, sektor yang mencatatkan penurunan dalam bulan ini adalah sektor pertanian, perhutanan dan perikanan (11.9 peratus), bekalan air (2.6 peratus) dan pembuatan (0.8 peratus).

Walau bagaimanapun, indeks bekalan elektrik dan gas dan perlombongan masing-masing mencatatkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus dan 1.4 peratus.

“Berbanding bulan sebelumnya, IHPR pengeluaran tempatan naik 0.6 peratus pada April 2019. Ia adalah disebabkan oleh peningkatan dalam indeks perlombongan (6.9 peratus), pertanian, perhutanan dan perikanan (1.0 peratus) dan bekalan air (0.1 peratus).

“Sebaliknya, indeks bekalan elektrik & gas dan pembuatan masing-masing menca­tatkan penurunan 0.8 peratus dan 0.2 peratus. IHPR pengeluaran tempatan bagi tempoh Januari-April 2019 mencatatkan penurunan sebanyak 2.0 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini