AS belasah Thailand 13-0 - Utusan Malaysia

AS belasah Thailand 13-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS – Alex Morgan menegaskan bahawa setiap gol sangat penting buat Amerika Syarikat (AS) selepas mereka mencatat sejarah dengan membelasah Thailand 13-0 dalam aksi Piala Dunia Wanita 2019.

Morgan menampilkan aksi cemerlang dengan meledak lima gol buat AS dalam usaha mempertahankan kejuaraan dalam aksi yang berlangsung di Reims, awal pagi tadi.

Juara bertahan itu bagaimanapun dikritik hebat kerana terlalu teruja memburu gol selain kerterujaan mereka meraikan jaringan secara berterusan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Morgan bertindak mempertahankan ketua jurulatih, Jill Ellis dan pasukan itu sedang berusaha untuk mempertahankan trofi yang dimenangi mereka pada 2015.

“Setiap kali kami menjaringkan gol dalam Piala Dunia, ia adalah impian sejak dari zaman kanak-kanak, memenangi Piala Dunia dan kembali ke sini adalah impian kami semua, kami mahu bintang keempat kami.

“Kami tahu setiap gol sangat penting. Dalam aksi kumpulan dan apabila tiba masa meraikan gol, ini membuktikan kami adalah pasukan terbaik malam ini dan sangat penting untuk kami meraikan setiap jaringan sesama pemain,” katanya.

Morgan berkata, kemenangan AS itu sangat penting untuk mereka menunjukkan kepada FIFA untuk memberikan dana tambahan kepada negara-negara tertentu untuk menjadikan saingan Piala Dunia lebih kompetitif.

“Dengan jumlah jaringan malam ini, sangat penting untuk kami teruskan prestasi cemerlang.

“Bagi 24 pasukan lain, ini adalah peluang terbaik untuk pemain wanita menunjukkan hasil usaha mereka selama ini kerana tidak semua persatuan memberikan bantuan kewangan kepada pasukan wanita,” katanya.

Pasukan AS akan berehat beberapa hari sebelum berdepan Chile dalam saingan Kumpulan F.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini