Wilshere pernah berhasrat bersara - Utusan Malaysia

Wilshere pernah berhasrat bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jack Wilshere mengakui pernah mempertimbangkan keputusan untuk bersara selepas kerap dilanda kecederaan.

Pemain tengah West HAm berusia 27 tahun itu bergelut dengan kecederaan sepanjang kariernya dan berada di tahap terbaik semasa bersama Arsenal.

Beberapa tahun terakhir di Emirates, dia berdepan masalah kecederaan dan hanya beraksi dalam empat perlawanan Liga Perdana Inggeris bersama West Ham, musim lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Wilshere mengakui, masalah kecederaan memberi kesan besar kepada dirinya selepas dia terpaksa diketepikan daripada skuad Arsenal selama lapan bulan pada 2015.

Bagaimanapun, masalah kesihatan anaknya, Archie yang ketika itu berusia empat tahun membuatkan dia mempertimbangkan hasrat untuk bersara.

“Ketika itu keadaan sangat sukar, saya sedang dalam perjalanan pulang dan tiba-tiba saya diberitahu anak saya terkena sawan.

“Saya ingin lupakan bola sepak. Saya masih ingat kata-kata saya kepada isteri: ‘Saya tidak pasti sama ada saya boleh teruskan’.

“Saya jalani proses pemulihan untuk lima bulan pertama selepas itu saya tidak mahu teruskan. Saya kerap keluar masuk hospital kerana fokus saya adalah kepada anak saya. Ketika itu saya lupakan hubungan saya dengan dunia luar,” katanya.

Wilshere kembali cergas sepenuhnya pada penghujung musim lalu dan berada di bangku simpanan untuk West Ham dalam beberapa perlawanan.

“Saya mahu bermain selama mungkin kerana saya sayangkan bola sepak, ia adalah kehidupan saya.

“Ia juga kehidupan anak saya, keluarga saya, kami adalah keluarga bola sepak. Sasaran saya ialah kembali bersama pasukan dan menang sebanyak mungkin perlawanan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini