Deschamps gembira aksi Perancis - Utusan Malaysia

Deschamps gembira aksi Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANDORRA LA VELLA – Pengendali Perancis, Didier Deschamps gembira dengan prestasi pasukannya selepas bangkit daripada kekalahan kepada Turki dengan menundukkan Andorra 4-0 dalam aksi kelayakan Euro 2020.

Kylian Mbappe menjaringkan gol ke-100 dalam kariernya bagi membantu Les Blues merampas semula kedudukan pendahulu Kumpulan H selepas Turki tewas 1-2 kepada Iceland.

Dalam perlawanan itu Wissam Ben Yedder dan Florian Thauvin turut menjaringkan gol pada separuh masa pertama selepas Mbappe membuka tirai jaringan pada minit ke-11 sebelum Kurt Zouma melengkapkan kemenangan 4-0.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol tetapi saya gembira dengan komitmen setiap pemain dalam perlawanan ini.

“Dalam perlawanan ini kami berjaya menyesuaikan diri dengan pantas selain berjaya bangkit daripada persembahan buruk sebelum ini.

“Tiga mata hari ini dan kami perlukan lebih banyak mata dalam perlawanan selepas ini dan ketika ini semua pemain boleh bercuti dengan perasaan gembira kerana perlawanan seterusnya adalah pada September,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini