Jangan sebar video seks, heret individu terlibat ke mahkamah syariah-Pas - Utusan Malaysia

Jangan sebar video seks, heret individu terlibat ke mahkamah syariah-Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Jun – Pihak berkuasa digesa menyiasat dan mengheret individu yang membuat pengakuan terlibat dalam klip video seks sejenis membabitkan lelaki mirip seorang menteri kanan ke mahkmah syariah.

Memetik laporan portal FMT, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man malah turut meminta pemimpin dan ahli Pas agar tidak menyebarkan rakaman video berkenaan

“Sebagai seorang muslim, sikap kita tetap konsisten dengan apa yang syarak pandu, agar tidak membuat tuduhan (qazaf) melainkan kita melihatnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pas menggesa agar seluruh kepimpinan dan ahli menumpukan kepada perkara yang memberi manfaat kepada ummah,” katanya di sini hari ini.

Dalam video berdurasi 30 saat yang dimuat naik pagi, lelaki dikenali sebagai Haziq Aziz turut menamakan menteri itu yang juga merupakan pemimpin kanan PKR meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat secara terperinci menteri tersebut.

Katanya, kelakuan seks itu dirakam tanpa pengetahuannya pada 11 Mei lalu di Hotel Four Points, Sandakan, ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, Pas sepatutnya membantu menyelesaikan pelbagai isu ekonomi dan sosial yang dihadapi rakyat, bukannya menghabiskan masa dan tenaga dalam perkara tidak bermanfaat.

“Perkukuhkan jentera parti, perkasakan ukuhwah jamaah dan jaga hubungan dengan Allah SWT, agar Allah SWT pelihara kita daripada fitnah media sosial yang semakin tidak beradab,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini