Fakulti perubatan UKM anjur Nursing Intervarsity Theater 2019 - Utusan Malaysia

Fakulti perubatan UKM anjur Nursing Intervarsity Theater 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUNJUK BAKAT. Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menganjurkan satu pertandingan ‘Nursing Intervarsity Theater’ 2019 yang bertemakan Self-awareness – The Johari Window di Auditorium, Kampus UKM Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyelaras Program, Dr. Aishairma Aris berkata, pertandingan itu merupakan julung-julung kali diadakan yang disertai pensyarah dan penuntut dari pelbagai institusi pengajian tinggi yang menawarkan program kejururawatan.

“Melalui pertandingan ini, ia dapat membantu penuntut untuk mengenal pasti ciri-ciri peribadi mereka seperti nilai, sikap, prejudis, kepercayaan, andaian, perasaan, motif peribadi, serta kesan tindakan mereka ke atas orang lain, terutamanya pesakit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara ini juga membantu penuntut meningkatkan kemahiran diri mereka sewaktu sesi pembelajaran,” katanya.

Majlis dirasmikan Timbalan Dekan Prasiswazah, Fakulti Perubatan UKM, Prof. Dr. Roslina Abdul Manap.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini