CARACAS Jun 12 – Sekurang-kurangnya 30 migran dikhuatiri hilang selepas bot yang dinaiki mereka karam ketika dalam perjalanan ke Curacao.
AFP yang memetik pemimpin pembangkang, Luis Stefanelli sebagai berkata, berdasarkan maklumat awal, bot itu berlepas dari sebuah perkampungan di barat laut negara itu dengan muatan 30 hingga 35 orang.
Katanya, perkara itu mencetus kebimbangan ahli keluarga apabila tidak seorang pun daripada mangsa yang menghubungi mereka sehingga sekarang.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kehilangan 30 mangsa dalam kes terbaharu hari ini menjadikan keseluruhan 80 orang yang dilaporkan hilang sejak bulan lalu. -AFP











