Tentera Israel berbalas tembakan dengan Keselamatan Palestin - Utusan Malaysia

Tentera Israel berbalas tembakan dengan Keselamatan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NABLUS 11 Jun – Tentera Israel membalas tembakan dengan angkatan keselamatan Palestin di penempatan haram Tebing Barat, hari ini.

Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan ia disebabkan kesilapan identiti.

Gabenor Nablus, Ibrahim Ramadan berkata. dua anggota keselamatannya mengalami cedera ringan dalam kejadian pada awal pagi bersebelahan ibu pejabat mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, Israel menyatakan mereka ditembak dahulu lantas membalas tembakan.

“Di mana terletaknya ibu pejabat? Ia berada di tengah Nablus.

“Apa yang dibuat tentera Israel di Nablus? Apa dibuat mereka berhampiran ibu pejabat ini? Tiada sebarang koordinasi dalam hal ini,” katanya.

Tentera Israel dalam kenyataan berkata, pasukan mereka dalam operasi menahan suspek militan apabila melepaskan tembakan yang kemudian merupakan sasaran salah.

Mengikut Perjanjian Oslo antara Israel dan Nablus yang mana berada sepenuhnya dibawah pentadbiran dan keselamatan Palestin.

Namun, Israel sering menghantar tenteranya bila-bila masa dilihat perlu untuk keselamatan mereka. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini