Anwar jumpa Dr. Mahathir, pelantikan Latheefa Koya antara dibincang - Utusan Malaysia

Anwar jumpa Dr. Mahathir, pelantikan Latheefa Koya antara dibincang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa selama 30 minit bertemu Tun Dr Mahathir Mohamad di pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Anwar dalam hantaran di Facebooknya berkata, pada pertemuan itu beliau menjelaskan konteks persoalan mengenai pelantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pecegahan Rasuah (SPRM).

“Saya juga memaklumkan kepada Tun Dr Mahathir, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengutuskan surat untuk bertemunya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berdua turut bersetuju kegiatan membanteras rasuah sama ada di bawah Kerajaan Pakatan Harapan (PH) atau Barisan Nasional (BN) perlu lebih berkesan dilakukan Latheefa dan SPRM.

“Isu-isu lain termasuk berkaitan hal ehwal antarabangsa juga dibincangkan dalam pertemuan ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini