BioAlpha optimis prospek tahun kewangan 2019 - Utusan Malaysia

BioAlpha optimis prospek tahun kewangan 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Pengeluar suplemen kesihatan dan produk kecantikan, BioAlpha Holdings Bhd. (Bioalpha) optimis prospek kumpulan itu bagi tahun kewangan 2019 akan menyokong inisiatif yang sedang dilaksanakan bagi pasaran domestik dan asing.

Pengarah Urusannya, William Hon berkata, bagi pasaran luar negara BioAlpha bercadang memperkukuh eksport jualannya ke China, Indonesia dan Thailand pada tahun ini.

“Di Indonesia, BioAlpha memulakan penghasilan produk bagi kategori suplemen kesihatan dan menerima kelulusan kawal selia yang diperlukan sebagai tambahan kepada produk makanan fungsian dan diedarkan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami jangka jualan di Indonesia akan meningkat secara berperingkat apabila kami melancarkan lebih banyak produk suplemen kesihatan di pada masa depan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Bagi China, BioAlpha akan memperluas rangkaian pengedarannya dengan menembusi pasaran niaga ke pengguna dan melantik rakan kongsi tempatan dan mengedarkan produk jenamanya sendiri selain menyenaraikannya di platform kewangan seperti JD.com dan Taobao.com.

Hon berkata, kumpulan itu juga bercadang mengembangkan kehadirannya dengan menembusi Thailand menerusi pelantikan pengedar eksklusif untuk memasarkan produk berjenama sendiri.

“Dengan rangkaian luas rakan kongsi strategik dan capaian di Thailand, kami yakin dapat menembusi pasaran tersebut pada tahun ini,” katanya.

Bagi dalam negara, Hon berkata BioAlpha menceburkan diri dalam bidang penjagaan peribadi dengan bekerjasama dengan syarikat tempatan di sektor hospitaliti dan ketika ini dalam usaha melancarkan beberapa produk untuk dipasarkan di bawah label jenamanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini