Tumor Ainul seberat 200 gram berjaya dikeluarkan - Utusan Malaysia

Tumor Ainul seberat 200 gram berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Adik Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, 9 bulan selamat menjalani pembedahan selama 5 jam di London semalam.

Kata Dr. Nur Amalina Bakri melalui laman sosial Instagramnya sebentar tadi, tumor seberat 200 gram pada mulut Ainul berjaya dikeluarkan melalui pembedahan penuh berisiko itu.

“Banyak persediaan telah dilakukan sebelum pembedahan dilakukan termasuk imbasan, mesyuarat dan kesabaran,” tulis Amalina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau memberitahu lagi, pasukan pakar bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk craniofacial, plastik, kepala dan leher diketuai Prof. David Dunway dan Dr. Juling Ong terlibat dalam pembedahan itu.

“Saya berbesar hati turut terlibat sama dalam pasukan pakar bedah itu dan Ainul sekarang dalam pemerhatian dan kini dalam keadaan stabil,” jelas Amalina.

Amalina turut menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Ainul supaya cepat sembuh.

Ainul yang mengidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ menjalani rawatan di London dan berada di sana sejak beberapa minggu lalu. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini