KUALA LUMPUR – Peminat sukan larian dipelawa menyertai Ampang Jaya Night Run 2019 di Jalan Bandar 12, Taman Melawati berhadapan Melawati Mall pada 21 September ini.
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menawarkan dua kategori larian sejauh lima dan 12 kilometer (km) kepada peserta yang masing-masing akan dilepaskan pada pukul 10 dan 9.45 malam.
“Orang ramai yang berminat boleh membuat pendaftaran di laman web www.tiket2u.com.my,” katanya. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











