MPS buka cadangan belanjawan 2020 - Utusan Malaysia

MPS buka cadangan belanjawan 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mempelawa orang ramai mengemukan cadangan dan memberikan maklum balas

dalam perangkaan belanjawan MPS bagi tahun 2020.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata,

Memuatkan artikel berkaitan…

pihaknya memerlukan pandangan serta input daripada orang ramai bagi memastikan belanjawan yang dirangka bersifat komprehensif dan dapat memenuhi keperluan rakan-rakan berkepentingan MPS.

“Sehubungan itu, MPS memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemukan cadangan dan maklum balas melalui borang dalam talian yang disediakan sehingga 23 Jun ini.

“Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman web MPS di www.mps.gov.my atau hubungi Jabatan Korporat di talian 03-6126 5824,” katanya dalam satu kenyataan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini