MBPJ batal lesen premis kotor - Utusan Malaysia

MBPJ batal lesen premis kotor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) akan membatalkan lesen perniagaan pengusaha premis makanan yang didapati ingkar dan gagal mengemukakan surat tunjuk sebab atas kesalahan beroperasi dalam keadaan kotor.

MBPJ berkata, bagi kebenaran membuka semula perniagaan selepas tindakan penutupan, pihaknya mengguna pakai prosedur baharu di bawah Undang-undang Kecil (UUK) 62 Pelesenan Establisymen Makanan MBPJ 2007, mulai 1 Jun ini.

Datuk Bandar MBPJ, Datuk Mohd. Sayuthi Bakar berkata, prosedur baharu itu termasuk pengeluaran surat tunjuk sebab kepada premis yang telah diarahkan ditutup sebanyak tiga kali.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tempoh minimum penutupan yang dicadangkan ialah selama 14 hari sebelum pemeriksaan semula dilakukan bagi premis yang diarahkan tutup untuk kali ketiga.

“Pengusaha premis perlu mematuhi syarat notis manakala Jabatan Pelesenan akan memberi cadangan surat tunjuk sebab mengapa lesen tidak boleh dibatalkan’.

“Jika pengusaha premis ingkar serta gagal memberikan maklum balas atau rayuannya ditolak oleh MBPJ, maka tindakan pembatalan lesen perniagaan ke atas premis makanan itu akan diambil,” katanya pada mesyuarat penuh MBPJ baru-baru ini.

Tambahnya, tindakan berkenaan diambil bagi mengelakkan persepsi kurang baik ke atas MBPJ dan kakitangan yang bertugas apabila pengusaha premis makanan tidak menitikberatkan isu kebersihan dan kesihatan selepas tindakan pembukaan semula premis.

Mohd. Sayuti berkata, bagi penutupan premis kali pertama, pengusaha boleh memohon secara bertulis kepada pegawai yang diberi kuasa untuk tindakan pembukaan semula.

Manakala tempoh penutupan minimum tujuh hari sebelum pemeriksaan semula dilakukan oleh pegawai diberi kuasa bagi premis yang diarahkan tutup kali kedua. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini