Lombong haram belum disita? - Utusan Malaysia

Lombong haram belum disita?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan Negeri Kelantan digesa untuk mengambil tindakan tegas termasuk menyita operasi perlombongan haram yang berada berdekatan dengan penempatan kampung Orang Asli di Kuala Koh, Gua Musang.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Husam Musa berkata, sehingga petang semalam, kenderaan berat yang digunakan bagi tujuan aktiviti berkenaan masih berada di tapak perlombongan.

“Lombong belum disita seperti sepatutnya bagi lombong haram. Ini adalah lombong terdekat dengan penempatan Orang Asli Kuala Koh dan terdapat dua anak sungai yang mengalir dari sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Terlepas sama ada kematian Orang Asli berpunca daripada pencemaran lombong ini atau tidak namun, atas operasi tanpa lesen, pihak penguatkuasa perlu bertindak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan sekurang-kurangnya 14 kematian membabitkan Orang Asli suku Batek di Kuala Koh dikesan sejak 2 Mei lalu dipercayai akibat penyakit misteri.

Kematian itu turut membabitkan tiga bayi, seorang daripadanya baru berusia tujuh bulan, kanak-kanak berumur lima tahun dan golongan dewasa sehingga usia 63 tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini