Aplikasi Bursa Anywhere diperkenal - Utusan Malaysia

Aplikasi Bursa Anywhere diperkenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Jun – Bursa Malaysia Bhd. melancarkan aplikasi mudah alih baharu, Bursa Anywhere membolehkan pelabur individu mengakses Perkhidmatan Depositori Pusat (CDS) di mana-mana sahaja pada bila-bila masa.

BANGUNAN Bursa Malaysia di Jalan Bukit Kewangan, Kuala Lumpur.



Bursa Anywhere merupakan perkhidmatan depositori mudah alih yang pertama di ASEAN dan kedua di Asia selepas Taiwan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata, Bursa Anywhere akan menjadi satu pusat henti bagi pelabur runcit untuk menguruskan semua perkara melibatkan akaun CDS mereka.

Katanya, pelabur berdaftar akan boleh menyemak baki pegangan saham di dalam akaun CDS dan nilai pasaran selain akses serta muat turun penyata akaun bagi 12 bulan.

“Kami menyasarkan untuk memberi pengalaman ini kepada hampir dua juta pemegang akaun CDS, menyediakan akses informasi diperlukan termasuk pergerakan dan trend yang bakal membuka kepada kemungkinan baharu,” katanya dalam majlis pelancaran Bursa Anywhere, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini