Kim Jong-nam pemberi maklumat kepada CIA, dedah WSJ - Utusan Malaysia

Kim Jong-nam pemberi maklumat kepada CIA, dedah WSJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 11 Jun – Abang tiri pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam yang dibunuh di Kuala Lumpur, Malaysia dua tahun lalu dikatakan pernah menjadi pemberi maklumat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat (AS), dedah Wall Street Journal (WSJ).

WSJ dalam laporan yang memetik sumber berkata, banyak maklumat mengenai hubungan Jong-nam dan agen perisikan itu masih kurang jelas.

Reuters ketika menghubungi CIA untuk mendapatkan komen berhubung laporan itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Laporan WSJ yang memetik sumber sebagai memberitahu, wujud rangkaian kerjasama antara kedua-dua pihak. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini