Juruterbang maut helikopter terhempas atas bangunan di Manhattan - Utusan Malaysia

Juruterbang maut helikopter terhempas atas bangunan di Manhattan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK – Seorang juruterbang maut selepas helikopter yang dikemudinya terhempas di atas sebuah bangunan di Manhattan, New York, Amerika Syarikat hari ini.

Menurut Gabenor New York, Andrew Cuomo, nahas tersebut turut menggegarkan bangunan 54 tingkat itu.

Orang ramai dikeluarkan dari bangunan terbabit yang terletak berdekatan dengan lokasi popular Times Square.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan lain dilaporkan.

Juruterbang tersebut dikenalpasti sebagai Tim McCormack dan dia adalah satu-satunya mangsa di dalam helikopter jenis Agusta A109E tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini