NEW YORK 11 Jun – Sebuah helikopter terhempas semasa mendarat di atas sebuah bangunan setinggi 54 tingkat di tengah bandar Manhattan, semalam mengakibatkan kebakaran dan seorang maut ketika keseluruhan premis itu bergegar akibat impak nahas.
Pasukan kecemasan dikejarkan ke lokasi kejadian di Seventh Avenue selepas nahas membabitkan helikopter yang berlepas 10 minit sebelum kejadian itu berlaku.
Datuk Bandar New York, Bill de Blasio berkata, juruterbang helikopter itu maut dan tiada kecederaan lain dilaporkan.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Malah, tiada petunjuk nahas ini ada kaitan dengan keganasan,” katanya. – AFP










