Pasukan kecemasan India bertungkus lumus bawa keluar kanak-kanak jatuh perigi - Utusan Malaysia

Pasukan kecemasan India bertungkus lumus bawa keluar kanak-kanak jatuh perigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – Operasi menyelamat seorang kanak-kanak yang terperangkap dalam sebuah perigi di daerah Punjab Sangrur yang memasuki hari ketiga menyaksikan pasukan kecemasan masih berhempas pulas untuk menyelamatkan mangsa.

lapor AFP, Wakil rakyat kawasan tersebut, Vijay Inder Singla memberitahu, Fatehvir Singh, 2, pada khamis lalu terjatuh di dalam perigi sedalam 33 meter itu ketika bermain di kawasan berdekatan.

“Perigi itu ditutup dengan beg pasir namun kanak-kanak berkenaan telah tergelincir dan jatuh ke dalamnya ketika bermain di sini,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Perigi bersaiz 23 sentimeter itu telah ditinggalkan sejak tahun 1991. Keadaan itu sedikit menyukarkan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

Namun Singla berharap agar kanak-kanak malang itu dapat diselamatkan secepat mungkin.

“Kami berharap kanak-kanak tersebut dapat dikesan dalam beberapa jam lagi,” ujarnya.

Ambulans udara dan penggunaan jentolak serta kren turut disiapkan bagi membantu operasi menyelamat.

Orang awam turut kelihatan berkumpul di lokasi kejadian.

Penyelamat dilaporkan cuba menyelamatkan mangsa dengan menggunakan paip berukuran 36 inci.

Paip berisi oksigen dan kamera turut dimasukkan untuk menyelamatkan kanak-kanak berkenaan.

Dalam pada itu, newindianexpress melaporkan pihak penyelamat berjaya mengesan pergerakan mangsa sekitar pukul lima pagi, tiga hari yang lalu.

Timbalan Pesuruhjaya, Ghanshyam Thori memberitahu keadaan mangsa dipantau dari semasa ke semasa.

“Tangan kanak-kanak itu dikesan mengalami bengkak. Itu menunjukkan dia masih sedarkan diri,” ujarnya.- AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini