95 terbunuh diserang lelaki bersenjata - Utusan Malaysia

95 terbunuh diserang lelaki bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAMAKO – Sekurang-kurangnya 95 orang terbunuh apabila sekumpulan lelaki bersenjata menyerang sebuah kampung dekat sini, baru-baru ini.

Insiden itu telah disahkan pihak berkuasa tempatan.

“Sebanyak 95 penduduk terbunuh. Mayat mereka dibakar dan kami meneruskan usaha mencari yang lain,” kata seorang jurucakap penguatkuasa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sumber terdekat memaklumkan serangan itu telah mengakibatkan kampung yang dikenali sebagai Dogon itu terjejas teruk.

Penyerang dikatakan masuk ke kampung tersebut, melepaskan tembakan rambang, menggeledah dan membakar kediaman.

Seramai 300 penduduk tinggal di kampung tersebut.

Serangan itu merupakan yang terbaru dalam siri keganasan di pusat Mali.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini