KOTA KINABALU – Pencarian kanak-kanak yang dikhuatiri lemas di Sungai Kampung Tebobon sejak dua hari lepas berakhir apabila mayatnya ditemukan kira-kira tiga kilometer dari kawasan rumah mangsa.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, mayat Mohd Putra Daniel Samsul, 3, ditemukan kira-kira pukul 12.19 tengah hari tadi.
“Selepas kanak-kanak itu dilaporkan hilang pada pukul 6 Sabtu lalu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) disambung pada pukul 6 pagi ini bersama 12 anggota dibantu oleh Unit Anjing Pengesan (K9).
Memuatkan artikel berkaitan…
“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.-BERNAMA










