SEBERANG PERAI – Pengeluaran buah tin begitu sinonim dengan negara Asia Barat. Bagaimanapun, terdapat pengusaha tempatan yang mengeluarkan hasil buah itu di sebuah ladang di Pokok Tumpang, Tasek Gelugor di sini bagi tujuan komersial.
Ladang seluas kira-kira 0.6 hektar itu diusahakan oleh seorang graduan dalam bidang bioteknologi dari Universiti Teknologi Swinburne Kampus Sarawak, Nur Aqilah Shabudin, 24, dengan bantuan tiga pekerja.
Nur Aqilah berkata, dia yang banyak mempelajari mengenai pokok tin menerusi pembacaan dan melalui internet meneruskan perusahaan itu yang dimulakan oleh ibunya, Rasidah Abd. Majid, 54, kira-kira tiga tahun lalu.
“Benih pokok tin dibeli daripada rakan ibu saya yang juga peladang pokok tin di Negeri Sembilan pada tahun 2017. Sehingga kini, terdapat 1,000 pokok yang berbuah setiap enam bulan.
“Hendak menjaganya tidak sukar kerana ia hanya memerlukan baja dan air yang mencukupi selain perlu memastikan tanah tidak ditakungi air serta perlu melakukan pemangkasan secara berkala” katanya kepada pemberita di ladang Fig Tree Garden miliknya di sini baru-baru ini.
Buah tin atau nama saintifiknya Ficus Carica mempunyai rasa lemak manis dan berair dengan khasiat seperti zat antioksidan, vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, kalsium, zat besi, fosforus, mangan, sodium, potassium, klorin dan fiber. Ia dikatakan mampu membantu mengatasi masalah usus dan kolesterol.
Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.










