Denda £1,000 jika kutip batu di pantai Wales - Utusan Malaysia

Denda £1,000 jika kutip batu di pantai Wales

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Orang ramai yang berkunjung ke pantai peranginan Amroth di Pembrokeshire, Wales dilarang daripada mengambil batu di kawasan berkenaan, lapor akhbar The Sun.

Papan amaran mengenainya yang dipasang di pantai itu menyatakan bahawa mereka yang berbuat demikian berdepan denda sebanyak £1,000 (RM5,280).

Menurut kenyataan pada papan tanda berkenaan, batu-batu di pantai tersebut merupakan benteng pertahanan pantai daripada hakisan laut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mengalihkannya adalah kesalahan jenayah. Pesalah boleh dikenakan hukuman,” kata papan tanda tersebut.

Kesalahan itu tertakluk di bawah Akta Perlindungan Pesisir 1949 dan mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga £1,000 kerana menyebabkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.

Bagaimanapun, jurucakap Majlis Daerah Pembrokeshire mengesahkan bahawa pihaknya tidak memasang papan tanda itu.

Pantai tersebut popular dalam kalangan pelancong dan penduduk tempatan di Pembrokeshire.

Menurut seorang penduduk tempatan, Ben Williams, perbuatan mengambil batu itu sukar untuk dibendung.

“Apabila anak anda yang berusia tiga tahun mahu menyimpan batu cantik yang ditemuinya, saya tidak boleh katakan tidak kepadanya.

“Bukan apa yang diambil dari pantai menjadi masalah tetapi apa yang ditinggalkan di sana oleh pengunjung,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini