Nokia 210 merupakan produk tambahan baharu dalam pasaran. Pengguna boleh menyambung atau melayari web menerusi Opera Mini dan bermain permainan video tanpa perlu risau tentang ketahanan baterinya.
Tugasan penting model ini dalam rangkaian telefon Nokia adalah penggunaan Internet yang tidak terlalu membebankan serta direka bentuk dengan kemasan polikarbonat.
Layari Internet dengan Opera Mini web dan nikmati media sosial bersama keluarga dan sahabat handai tanpa perlu bimbang dengan ketahanan bateri.
Pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi pilihan nada dering dan kertas dinding daripada Mobile Store.
Mereka juga menikmati kemudahan portfolio dua penyelesaian pengecasan wayarles iaitu pengecas wayarles Nokia dan pengecas wayarles mudah alih Nokia. Dua kemudahan tersebut menyokong piawaian pengecasan universal Qi bagi membolehkan pengguna memanfaatkan penggunaan peranti pengecasan cara tersebut.
Pengecas wayarles Nokia menyokong proses mengecas wayarles pantas berkuasa 10 watt, menjadikannya kelihatan sempurna bagi penambahan kuasa semasa berada di rumah dan pejabat .
Pengecas wayarles mudah alih Nokia pula merupakan peranti bekalan kuasa mudah alih yang menyokong pengecasan tanpa penggunaan wayar.
Kelebihannya adalah pengguna boleh mengecas bila-bila masa, malah ketika terlupa membawa kabel sekalipun.
Sistem pengecas ini juga menyokong output USB. Oleh itu peranti biasa juga boleh dicas menggunakan kabel USB.
SPESIFIKASI
Dimensi: 120.8 x 53.5 x 13.8 mm (4.76 x 2.11 x 0.54 in)
Saiz: 2.4 inci, 17.8 sm (~27.6 peratus nisbah skrin kepada badan)
Resolusi: 240 x 320 piksel
Chipset: Mediatek MT6260A
Storan dalaman: 16 MB
Sambungan USB: microUSB 2.0 (pengecasan sahaja)
Binaan: Plastik
SIM: SIM Berkembar (Mini , tunggu sedia)
Bateri: Li-Ion 1020 mAh
Warna: Arang, merah dan kelabu











