100 penduduk asnaf Trong terima sumbangan - Utusan Malaysia

100 penduduk asnaf Trong terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PRIHATIN. Seramai 100 orang golongan asnaf menerima sumbangan pada majlis Ihya Ramadan di Dewan Sungai Kerang, Trong, Taiping, Perak baru-baru ini.

Majlis anjuran Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc.) turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Zainal Abidin yang menyampaikan sumbangan.

Pada majlis itu, Anuar bersama kakitangannya turut mengedarkan 1,000 peket bubur lambok kepada penduduk kampung sekitar Dewan Undangan Negeri Trong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, mereka juga melawat tiga buah rumah untuk menyerahkan bantuan kepada penduduk yang uzur dan sakit.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini