Wanita Thailand ditemui mati tergantung - Utusan Malaysia

Wanita Thailand ditemui mati tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH – Mayat seorang wanita warganegara Thailand berusia 45 tahun ditemui di sebuah rumah di Kampung Taman Selaseh berdekatan Jalan Ismail Petra, Tanah Merah pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, mayat itu ditemui suami mangsa di bahagian dapur rumah terbabit pada pukul 7.30 pagi.

“Pihak kami menerima laporan penemuan mayat itu dalam keadaan tergantung di ruang dapur oleh suami mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan awal pada tubuh badan mangsa mendapati tiada kecederaan fizikal lain kecuali di bahagian leher dipercayai kesan jerutan kain,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Suzaimi berkata, pemeriksaan awal di tempat kejadian mendapati mangsa ditemui tergantung menggunakan kain cadar.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini