Kereta, motosikal musnah terbakar di kuarters kastam - Utusan Malaysia

Kereta, motosikal musnah terbakar di kuarters kastam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Dua buah kenderaan dan sebuah motosikal musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada kanak-kanak bermain api dalam kejadian di garaj kenderaan kuarters kastam, Bandar Sultan Sulaiman di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.20 tengah hari itu, kereta yang musnah adalah jenis Toyota Avanza dan Perodua Axia selain sebuah motosikal jenis Modenas.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang, Juyana @ Azlan Musa berkata, seramai 11 anggota termasuk pegawai bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 12.23 tengah hari tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, berdasarkan maklumat awal mendapati kebakaran bermula di sebuah pondok Kumpulan Rukun Tetangga (KRT) yang terletak bersebelahan garaj tersebut.

“Difahamkan terdapat sebilangan kanak-kanak bermain api di sekitar pondok.

“Kebakaran itu telah memusnahkan tiga buah kenderaan  dan api berjaya dikawal pukul 12.51 tengah hari,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. 

Jelas beliau, jumlah kerugian dan punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.  -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini