Kerajaan Negeri P. Pinang tidak tahu cadangan pembinaan lapangan terbang baharu - Utusan Malaysia

Kerajaan Negeri P. Pinang tidak tahu cadangan pembinaan lapangan terbang baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG – Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak mengetahui mengenai cadangan pembangunan dua lapangan terbang di negeri ini seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris hari ini.

Sehubungan itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri akan menunggu cadangan tersebut dibentangkan sebelum memberi maklum balas mengenainya.

Dalam masa sama, tambahnya, kerajaan negeri mengalu-alukan sebarang cadangan membangunkan lapangan terbang baharu di negeri atau wilayah ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mengulangi pendirian yang mana sebarang cadangan pembinaan lapangan terbang baharu tidak boleh menjejaskan peranan dan fungsi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) serta pembangunan masa depan negeri ini.

“Kita juga akan meneruskan cadangan mengadakan satu kajian berhubung keperluan masa depan untuk lapangan terbang di negeri dan wilayah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini melaporkan dua syarikat akan menghantar cadangan bagi membina lapangan terbang baharu di kawasan Seberang Perai masing-masing dinamakan Lapangan Terbang Antarabangsa Utara Malaysia (NMIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Wilayah Utara (NORIA). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini