HONG KONG – Pemimpin pro-Beijing Hong Kong menolak untuk membuang pelan kontroversi membenarkan ektrasidi ke tanah besar China, sehari selepas orang ramai berhimpun menentang cadangan berkenaan.
Ketua Eksekutifnya, Carrie Lam berkata, usul tersebut akan didebat Rabu ini seperti dirancang, mengetepikan permintaan untuk menangguh atau menariknya.
Keputusan itu membuatkan pentadbirannya dalam pertembungan dengan lawan yang mengutuk pendirian dan memanggil penyokong untuk berhimpun di luar Parlimen pada Rabu atau melakukan protes. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











