Penggiat seni digesa manfaatkan N9 Sungei Ujong Walk - Utusan Malaysia

Penggiat seni digesa manfaatkan N9 Sungei Ujong Walk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Para penggiat seni di negeri ini dijemput mengadakan persembahan jalanan di N9 Sungei Ujong Walk di Jalan Dr. Murugesu dekat sini.

seni
 

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, beliau berharap para penggiat seni sama ada yang tua mahu pun muda tampil dengan menggunakan jalan tersebut sebagai platform untuk mempamer dan mengembangkan bakat mereka.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang berkata, ramai ibu bapa yang menghabiskan sejumlah besar wang untuk menghantar anak masing-masing mempelajari pelbagai alat muzik seperti piano, gitar, biola, seruling, saksofon, guzheng, erhu, pipa, tabla, sitar dan veena.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alangkah baiknya jika anak-anak ini dapat mempamerkan bakat mereka dan mengasah kemahiran mereka melalui persembahan jalanan atau busking.

“Oleh kerana itu, saya ingin mengambil peluang ini untuk menjemput para penggiat seni memulakan persembahan di N9 Sungei Ujong Walk,” katanya di sini hari ini.

Beliau menarik perhatian mengenai budaya persembahan jalanan di Jalan Sai Yeung Choi, Mongkok, Hong Kong yang telah mencapai tahap yang begitu matang.

Tambahnya, beliau berharap dapat memulakan budaya persembahan jalanan yang agak serupa dengan persembahan jalanan di Hong Kong itu pada peringkat awalnya.

“Bintang terkenal seperti Anita Mui memulakan persembahan jalanan di Temple Street di Hong Kong dan akhirnya beliau telah menjadi seorang superstar,” katanya.

Nicole berkata, pihak yang berminat boleh menghubungi beliau atau menghantar pesanan melalui WhatsApp di 012-3626977. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini