Pulau Langkawi sebagai destinasi 'sleep tourism' - Utusan Malaysia

Pulau Langkawi sebagai destinasi ‘sleep tourism’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Langkawi yang merupakan destinasi pelancongan popular tanah air dijangka terus dikunjungi pelancong dari dalam dan luar negara apabila pulau peranginan itu menawarkan program ‘sleep tourism’ buat mereka yang mengalami masalah tidur.

Presiden Persatuan Sleep Apnea Malaysia (PSAM), Prof. Madya Dr. Louis Adaikalam berkata, dengan kepakaran yang ada, pihaknya akan mula mengendalikan program tersebut dan Pulau Langkawi seterusnya selepas ini akan menjadi satu-satunya lokasi yang menawarkan program seumpamanya di dunia.

“Banyak negara seperti India, China dan Jepun berdepan masalah apabila banyak rakyatnya mengalami gangguan tidur yang berpunca daripada pelbagai faktor dan ia menjadi ilham kepada saya untuk tampil menawarkan program ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi sesi diagnosis, rawatan, terapi semula jadi dan konsultasi di lokasi yang tenang dan aman serta indah seperti Langkawi, ramai yang mengalami masalah dengan tidur akan tertarik dengan program ini sekali gus menarik kunjungan pelancong ke pulau peranginan negara itu,” katanya kepada Utusan Online baru-baru ini.

Menurut Louis lagi, pihaknya kini sedang memilih ejen-ejen bagi mempromosikannya di beberapa negara yang malah telah juga menjalinkan kerjasama dengan dua buah hotel dan resort di Langkawi bagi menjalankan program ‘sleep tourism’ tersebut.

“Ada banyak faktor yang menyebabkan seseorang itu mengalami masalah dalam tidur mereka oleh itu program ini akan menampilkan beberapa pakar dalam bidang masing-masing iaitu seperti pakar psikiatri, pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), pakar neurologi dan pakar respitori.

“Menerusi program selama sekurang-kurangnua empat hari tiga malam itu, individu yang mengalami masalah tidur akan menjalani sesi diagnostik terlebih dahulu menerusi alat pemeriksaan tidur sebelum laporan diambil dan diserahkan kepada pakar-pakar terlibat untuk sesi perundingan,” katanya.

Jelasnya lagi, di akhir sesi program tersebut, peserta akan melalui sesi latihan seperti bersenam untuk tidur yang lena serta senaman pernafasan untuk masalah tidur.

“Malah mereka juga akan menjalani dan didedahkan dengan sesi senaman lidah dan lelangit lembut, senaman mulut dan rongga atas serta cara-cara untuk berehat,” katanya lagi.

Tambah Louis, program sulung ‘sleep tourism’ di Pulau Langkawi akan bermula pada minggu ketiga bulan ini dan dijangka akan disertai kira-kira 20 peserta dari negara India yang mengalami masalah dalam tidur mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini