Kassym-Jomart menang pilihan raya Presiden Kazakhstan - Utusan Malaysia

Kassym-Jomart menang pilihan raya Presiden Kazakhstan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NUR-SULTAN 10 Jun – Kazakhstan memilih calon Presiden yang menjadi pilihan bekas Presiden Nursultan Nazarbayev dengan memperolehi 70.8 peratus undi, hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya Sentral berkata, Kassym-Jomart mengatasi calon pembangkang, Amirzhan Kosanov yang hanya mendapat 16.2 peratus undi.

Kemenangan Kassym-Jomart itu tidak diragukan lagi selepas beliau mendapat restu daripada Nursultan yang berkuasa dan memimpin negara tersebut sejak tiga dekad lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, undian semalam menimbulkan protes terbesar sejak tiga tahun lalu yang mana seruan boikot pilihan raya dikatakan telah diatur. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini