Lelaki rugi RM800 dan hilang dokumen di Sibu - Utusan Malaysia

Lelaki rugi RM800 dan hilang dokumen di Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas lelaki kerugian wang tunai sebanyak RM800 serta hilang dokumen pengenalan diri apabila disamun tiga lelaki di Sibu, Sarawak semalam.

Menurut portal berita Utusan Borneo, Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, kejadian berlaku sekitar pukul 12.30 tengah hari di hadapan sebuah rumah tumpangan di Jalan Central.

Stanley berkata, mangsa yang berumur 67 tahun itu berkunjung ke rumah tumpangan tersebut bersama seorang wanita selepas ditawar khidmat seks dengan bayaran RM50 hingga RM60.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba-tiba mangsa yang bekerja sebagai pencuci pinggan telah didatangi tiga lelaki dan meminta duit.

“Salah seorang daripada lelaki terbabit telah mengeluarkan pisau dan mengugut mangsa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Stanley, pada mulanya mangsa yang baru sahaja mendapat gaji telah menyerah wang tunai sebanyak RM50 namun ditolak oleh suspek.

Suspek kemudian bertindak agresif dengan merampas dompet milik mangsa dan terus melarikan diri. Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini