TELUK INTAN – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) disaran menubuhkan jawatankuasa pemantau manifesto untuk memastikan semua janji yang telah dibuat pada kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ditunaikan.
Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menunaikan semua janji yang terkandung dalam buku manifesto PH.
“Janji tetap janji, apa yang telah dijanjikan kini menjadi tangungjawab kerajaan untuk menunaikannya.
“Ini kerana peribahasa Melayu ada menyebut ‘lembu dipegang pada tali, manusia dipegang pada janji. Saya menyarankan Majlis Presiden PH menubuhkan jawatankuasa khas untuk memantau pelaksanaan manifesto,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pendidikan Semenanjung Malaysia, Cawangan Hilir Perak di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











