Lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya - Utusan Malaysia

Lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU – Seorang lelaki hilang dikhuatiri diserang buaya ketika memancing di sungai dalam sebuah ladang di Jalan Temenggung di sini, semalam.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah dalam kenyataan hari ini berkata, Rudy Gessa, 44, yang merupakan warga Indonesia keluar memancing pada pukul 4 petang semalam dan laporan berhubung kehilangan lelaki itu diterima pada pukul 8.02 pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, tiga anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR). – Bernama

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini