Kes rogol Neymar: Peguam wanita ancam tarik diri - Utusan Malaysia

Kes rogol Neymar: Peguam wanita ancam tarik diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO – Peguam mewakili wanita yang mendakwa dirogol Neymar mengancam menarik diri daripada kes tersebut jika anak guamnya gagal menyediakan bukti lanjut mengenainya, lapor sebuah laman web berita tempatan, G1.

Ini selepas peguam terbabit, Danilo Garcia Andrade masih menunggu untuk mangsa rogol itu, Najila Trindade Mendes de Souza yang juga merupakan seorang model untuk memberikan rakaman video berdurasi tujuh minit pertemuannya dengan bintang bola sepak Brazil itu di Paris.

Awal minggu ini, wanita terbabit telah pun menyerahkan rakaman video tersebut kepada pihak polis untuk dijalankan siasatan sebelum kes itu boleh dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun salinan rakaman belum lagi diperoleh peguamnya sedangkan sebahagian rakaman video selama beberapa saat itu sudah pun tersebar dan berlegar di media sosial dengan Trindade mendakwa ia telah dicuri daripada telefonnya.

Menurut G1, mangsa juga mendakwa mempunyai beberapa bukti lain yang berada dalam keadaan selamat ketika ini.

Peguam pertama Trindade sebelum ini turut menarik diri kerana keliru memandangkan anak guamnya memfailkan kes berkaitan penderaan fizikal dan bukannya rogol.

Ketika ini Neymar sedang berehat selepas disahkan mengalami kecederaan buku lali yang menyebabkan dia terlepas kempen Piala Copa America tahun ini yang berlangsung dari 14 Jun hingga 7 Julai nanti di negara sendiri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini