MPAJ anjur Kayuhan Santai Jalur Gemilang MPAJ - Utusan Malaysia

MPAJ anjur Kayuhan Santai Jalur Gemilang MPAJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa orang ramai menyertai program Kayuhan Santai Jalur Gemilang 2019 yang akan diadakan pada 25 Ogos ini.

MPAJ menganjurkan program Kayuhan Santai Jalur Gemilang 2019 sejauh 13 kilometer (km), 25 Ogos ini di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah, Ampang dekat sini. – UTUSAN ONLINE

MPAJ dalam satu kenyataan memaklumkan, aktiviti kayuhan sejauh 13 kilometer (km) itu terbuka kepada peserta berumur 13 tahun ke atas dengan yuran sebanyak RM25.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kayuhan ini akan bermula pada pukul 7 pagi bertempat di Padang Perbandaran MPAJ Pandan Indah.

“Individu yang berminat, boleh membuat pendaftaran melalui borang di pautan https://forms.gle/zAachKmX1qKmiTxk7 sebelum 2 Ogos depan,” katanya.

Tambahnya, peserta kayuhan turut akan menerima baju T, sarapan dan cabutan bertuah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini