Pemandu lori terbunuh, motosikal langgar kereta - Utusan Malaysia

Pemandu lori terbunuh, motosikal langgar kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAUB – Seorang pemandu lori terbunuh selepas motosikalnya melanggar kereta di Kilometer 341 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 pagi itu, Mohd Ammar Syafiq Mohd Shofi, 27, dari Manik Urai, Kuala Krai yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa yang datang dari arah Kota Bharu dikatakan memotong beberapa buah kenderaan telah melanggar sebuah kereta jenis Nissan sebaik tiba di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan maklumat saksi, kereta terbabit yang datang dari arah Dong agak lewat menyalakan lampu isyarat untuk membelok ke kanan.

“Mangsa dipercayai tidak sempat mengelak kerana jarak terlalu dekat lalu melanggar kereta berkenaan,” katanya.

Menurutnya, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Raub untuk bedah siasat manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini