Durian Musang King jadi hidangan rumah terbuka - Utusan Malaysia

Durian Musang King jadi hidangan rumah terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Sebanyak 700 kilogram durian Musang King menjadi hidangan istimewa pada majlis rumah terbuka Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Nazri Ngah hari ini.

Majlis yang berlangsung di kediamannya di Puncak Serambi Mat Kilau Satu, di sini pada pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang itu dihadiri oleh lebih 3,000 pengunjung. 

Nazri berkata, beliau turut menyediakan hidangan satay kambing sebagai menu istimewa selain durian Musang King.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan ramai tetamu yang hadir termasuk dari kalangan orang Cina dan India.

“Ini kali kedua saya meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama masyarakat setelah bergelar wakil rakyat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar itu. 

Menurutnya, amalan rumah terbuka perlu diteruskan bagi mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga dan masyarakat setempat. 

“Alhamdulillah, ramai saudara-mara, rakan-rakan serta masyarakat berbilang kaum datang ke rumah saya hari ini dan kami mengambil kesempatan ini untuk bermafaan antara satu sama lain,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini