PPM Labuan tahan PATI guna bot laju - Utusan Malaysia

PPM Labuan tahan PATI guna bot laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LABUAN – Guna bot laju penumpang sebagai cara untuk mengelirukan pihak berkuasa sebelum menyusup masuk ke tanah air secara haram.

Taktik berkenaan digunakan dua warga Filipina yang menggunakan pengangkutan laut itu untuk ke tanah besar Sabah melalui Menumbok pada Jumaat bagaimanapun berjaya dikesan pihak berkuasa.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohd. Pajeri Ali berkata, pasukan peronda marin Labuan yang menjalankan Op Gelora Khas bersempena Hari Raya Aidilfitri menahan kedua-dua pendatang itu setelah didapati tidak memiliki dokumen perjalanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bot dengan 14 penumpang itu dalam perjalanan ke Menumbok dan antara bot yang diperiksa.

“Pemeriksaan lanjut terhadap penumpang mendapati dua daripada mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya.

Beliau berkata, ia adalah taktik yang digunakan pendatang tanpa dokumen untuk mengelak daripada pihak berkuasa.

Tambahnya, operasi bagi menangani kemasukan pendatang asing tanpa izin melalui perairan Malaysia diteruskan terutama semasa musim perayaan.- BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini