MANILA 9 Jun – Sekurang-kurangnya 13 orang, termasuk bakal pangantin dan dua kanak-kanak terbunuh setelah sebuah trak dinaiki mereka terbabas di laluan pergunungan di sini, hari ini.
Penyiasat Polis San Fernando, Victor Quino memberitahu trak malang yang membawa 53 penumpang itu dikatakan hilang kawalan ketika melalui jalan turun dari kawasan berkenaan.
Berpuluh-puluh penumpang lain dilaporkan mengalami cedera parah.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kesemua mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang dari upacara khas sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.
“Trak tersebut hilang kawalan dan berputar mengakibatkan sebahagian penumpang terpelanting keluar,” katanya- AFP











