Orang Asli Kuala Koh: Sampel air kegunaan penduduk akan diuji - Utusan Malaysia

Orang Asli Kuala Koh: Sampel air kegunaan penduduk akan diuji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATSA) akan menyiasat dakwaan penggunaan air tadahan bukit dan air sungai tercemar berpunca dari kawasan perlombongan bijih besi menyebabkan Orang Asli di Kampung Kuala Koh, dijangkiti kuman pada saluran penafasan dan paru-paru. 

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, siasatan akan dilakukan secara lebih teliti bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan penduduk Orang Asli kampung terbabit menderita dijangkiti kuman hingga ada yang meninggal dunia.

Katanya, setakat perkara itu belum mendapat kepastian dan sampel air yang menjadi keperluan harian mereka akan diambil untuk diuji kaji bagi mengenal pasti punca penyakit tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, pihaknya juga memandang serius dakwaan penduduk Orang Asli kampung tersebut dan mengumpulkan banyak maklumat berkaitan untuk kementerian membuat sesuatu keputusan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan. 

“Kita sudah melakukan lawatan bagi meninjau semua permasalahan yang dibangkitkan mereka hari ini,” katanya selepas melawat penempatan masyarakat Orang Asli Suku Batik itu di sini hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini