MERSING – Dua terkorban, lima cedera parah termasuk dua kanak-kanak manakala empat lagi cedera ringan selepas dua buah kereta terlibat kemalangan di Jalan Endau-Mersing, dekat sini pukul 11.13 pagi tadi.
Kemalangan berhampiran Hutan Lipur itu melibatkan dua keluarga yang menaiki kereta Proton Exora dan kereta Proton Wira melibatkan 11 mangsa.
Dalam nahas tersebut, enam mangsa dalam Proton Exora melibatkan tiga lelaki dan tiga perempuan cedera parah dan cedera ringan.
Dalan kereta tersebut seorang lelaki dan wanita dewasa berusia 18 dan 22 tahun cedera parah manakala seorang remaja lelaki, 15, serta dua
wanita dewasa, 26 dan 49, serta seorang lelaki dewasa, 52, cedera ringan.
Sementara dalam Proton Wira seorang wanita berusia 30-an dan seorang kanak-kanak berumur empat tahun meninggal dunia.
Selain itu seorang lelaki dewasa berusia 40-an dan dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan tujuh tahun cedera parah.
Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mersing dan BBP Endau dengan dua jentera dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.
Ketua Operasi, Badrulhisyam Mohamad berkata, operasi menyelamatkan mangsa tamat sepenuhnya pukul 1.10 petang. – UTUSAN ONLINE











